BERITA UTAMA

Tebing runtuh, kerja pengukuhan dibuat serta-merta malam tadi (VIDEO)

26 Jan 2022, 1:52 AM
Tebing runtuh, kerja pengukuhan dibuat serta-merta malam tadi (VIDEO)

SHAH ALAM, 26 JAN: Kerja pengukuhan tebing yang runtuh di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Serdang dilaksana serta-merta oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) malam tadi.

Timbalan pengarah Jabatan Korporatnya Azfarizal Abdul Rashid berkata punca runtuhan sedang dikenal pasti selain merangka pembaikan segera bagi mengelak insiden sama berulang.

"Tebing runtuh sepanjang 90 meter dengan ketinggian sembilan meter melibatkan parkir kereta dan sebahagian jalan. Lima kenderaan terkesan tetapi tiada kemalangan jiwa," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 17 premis komersial turut diarah menghentikan operasi sementara waktu selain tidak berada di lokasi runtuhan sehingga disahkan selamat.

"Kenderaan di kawasan itu juga diminta untuk dialihkan segera ke tempat lebih selamat," kata Azfarizal.

Petang semalam, sebanyak lima kenderaan terjunam lima hingga enam meter dalam longkang besar di Lestari Perdana susulan runtuhan tebing akibat hujan lebat.

Insiden di hadapan bengkel kereta yang jaraknya tujuh meter dari lokasi kejadian pernah berlaku pada 2017.

[video width="640" height="352" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2022/01/WhatsApp-Video-2022-01-26-at-9.23.31-AM.mp4"][/video]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619