BERITA UTAMA

MPHS serah alat bantuan mengajar untuk kegunaan kanak-kanak OKU

25 Jan 2022, 3:01 AM
MPHS serah alat bantuan mengajar untuk kegunaan kanak-kanak OKU

SHAH ALAM, 25 JAN: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyerahkan alat bantuan mengajar dan fisioterapi kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Kubu Bharu semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata lapan PDK lain di daerah itu turut menerima alatan sama menerusi Program Anugerah Khas orang kelainan upaya (OKU).

"Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak istimewa menjalani kehidupan seperti orang biasa selain memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada mereka.

"Selain itu, ia turut memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab ke atas komuniti yang memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya," katanya menerusi Facebook.

Pada majlis serahan bantuan, Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd turut mendengar taklimat operasi PDK dan beramah mesra dengan anak-anak istimewa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619