BERITA UTAMA

Prestasi kewangan MBPJ tahun lepas kukuh, berjaya catat lebihan

24 Jan 2022, 11:57 PM
Prestasi kewangan MBPJ tahun lepas kukuh, berjaya catat lebihan

SHAH ALAM, 25 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merekodkan prestasi kewangan kukuh pada tahun lalu dengan mencatat lebihan sebanyak RM21.233 juta.

Datuk Bandar berkata pencapaian itu berdasarkan perbandingan dengan cadangan belanjawan defisit iaitu RM18.054 juta selepas jumlah kutipan hasil (RM355.941 juta) yang ditolak dengan jumlah perbelanjaan mengurus (RM268.073 juta) dan perbelanjaan pembangunan (RM66.634 juta).

"Prestasi dan kedudukan kewangan MBPJ masih lagi kukuh dan stabil serta mampu bertahan ketika berdepan kekangan pandemik (Covid-19).

"Berdasarkan usaha strategik dan berterusan sedang dilaksanakan, adalah dijangkakan trend positif ini akan terus kekal sehingga tahun ini," kata Mohamad Azhan Md Amir.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBPJ Bil. 1/2022 di Ibu Pejabat MBPJ semalam.

Katanya, kawalan perbelanjaan berhemah diunjurkan untuk terus diguna pakai bagi memastikan kedudukan kewangan majlis sentiasa baik dan dapat mendepani unjuran belanjawan defisit pada tahun ini.

Mohamad Azhan menambah, prestasi kutipan keseluruhan hasil MBPJ sehingga 31 Disember tahun lalu juga masih stabil walaupun mencatat RM355.941 juta atau 96.56 peratus berbanding anggaran hasil disemak sebanyak RM368.609 juta.

"MBPJ terus berusaha meningkatkan kutipan hasil seperti memudah dan menggalakkan pembayaran secara dalam talian, serta membuka kaunter bergerak di luar ibu pejabat.

"Selain itu, termasuk kaedah mengurangkan tunggakan dengan melaksanakan operasi bersepadu secara berjadual, sentiasa mengeluarkan notis peringatan mesra bayaran tetap diteruskan dengan kerjasama pelbagai jabatan mengutip hasil," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619