BERITA UTAMA

Hubungi talian SELamat jika pasangan sekat kewangan, paksa bayar hutang

22 Jan 2022, 1:55 AM
Hubungi talian SELamat jika pasangan sekat kewangan, paksa bayar hutang

SHAH ALAM, 22 JAN: Individu yang disekat sumber kewangan atau dipaksa membayar hutang tanpa rela oleh pasangan disaran menghubungi talian SELamat.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata penderaan ekonomi selalunya tidak disedari kerana tidak disakiti secara fizikal.

"Contoh keganasan ekonomi adalah aspek kewangan dikawal, disekat sumber kewangan untuk membeli keperluan penting, dipaksa untuk melakukan atau membayar hutang tanpa kerelaan.

"Selain perlu melaporkan setiap perbelanjaaan dan duit yang digunakan, debit atau kredit kad diambil oleh pasangan dan dikawal," katanya di Facebook.

Beliau berkata golongan yang memerlukan bantuan atau mengenali mereka yang perlu dibantu boleh menghubungi talian SELamat di 03-64195027.

Pada 9 Jun 2021, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan dana sejumlah RM100,000 untuk membangunkan talian khas tersebut, sebahagian Pakej Kita Selangor 2.0.

Talian berkenaan yang beroperasi 24 jam dikendalikan kakitangan Wanita Berdaya Selangor (WBS) bersama kumpulan sukarelawan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619