ADN

500 bungkus makanan diagih elak penganut Hindu berkumpul rai Thaipusam

18 Jan 2022, 9:41 AM
500 bungkus makanan diagih elak penganut Hindu berkumpul rai Thaipusam

SHAH ALAM, 18 JAN: Sebanyak 500 bungkus makanan diedarkan secara percuma kepada penganut Hindu yang meraikan Thaipusam di Kuil Bandar Country Homes, Rawang hari ini.

Pegawai khas perhubungan masyarakat Dato' Menteri Besar berkata sumbangan itu bagi mengelak masyarakat berkumpul di lokasi berkenaan sebaik selesai melakukan upacara keagamaan.

"Meskipun diraikan secara sederhana, namun sambutan perayaan di kuil terbabit berjalan agak baik dan lancar dengan rata-rata penganut mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

"Selepas menunaikan hajat, mereka diberikan makanan bungkus dan diarah beredar dari kawasan kuil," kata Dr G Gunarajah ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau berharap masyarakat Hindu dapat menerima hakikat perayaan itu sekali lagi terpaksa disambut kecil-kecilan, tidak seperti kelaziman susulan pandemik Covid-19.

"Paling penting mereka berpeluang menunaikan hajat. Mungkin tahun depan kita boleh meraikan seperti biasa memandangkan akan beralih ke fasa endemik," kata Ahli Dewan Negeri Sentosa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619