ADN

36 pasukan berentap rebut piala kejohanan boling wakil rakyat Seri Setia

18 Jan 2022, 2:23 AM
36 pasukan berentap rebut piala kejohanan boling wakil rakyat Seri Setia
36 pasukan berentap rebut piala kejohanan boling wakil rakyat Seri Setia

SHAH ALAM, 18 JAN: Sebanyak 36 pasukan berentap pada Kejohanan Boling Piala Yang Berhormat Halimey Ahli Dewan Negeri Seri Setia pada Ahad.

Pemenang tempat pertama membawa pulang trofi dan wang tunai RM300 diikuti tempat kedua (RM250 dan trofi) dan tempat ketiga (RM150 dan trofi).

Halimey Abu Bakar berkata seramai 108 peserta terlibat dalam pertandingan yang diadakan di Wangsa Bowl One Utama itu.

[caption id="attachment_505214" align="alignright" width="500"] Halimey Abu Bakar bersama pemenang Kejohanan Boling Piala Yang Berhormat Halimey Ahli Dewan Negeri Seri Setia,[/caption]

Menurut beliau acara diadakan bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat dan wakil rakyat di kawasan terbabit.

"Dengan adanya aktiviti ini kita dapat bersama mengeratkan silaturahim dan membina semangat kesukanan di samping mengamalkan gaya hidup sihat," katanya kepada SelangorKini.

Manakala pemenang cabutan bertuah pula membawa pulang hadiah lumayan antaranya LED Sony TV 40", Sharp Microwave 35 L, Philips Air Fryers, dan Elba Stand Mixer.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619