ADN

ADN Seri Setia ajak penduduk jalani pemeriksaan kesihatan percuma Sabtu ini

25 Ogos 2022, 1:41 AM
ADN Seri Setia ajak penduduk jalani pemeriksaan kesihatan percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 24 OGOS: Warga Selangor khususnya penduduk di Seri Setia dipelawa untuk menjalani saringan kesihatan percuma di Dewan PKNS Kelana Jaya, Sabtu ini.

Wakil rakyatnya Halimey Abu Bakar berkata program Selangor Saring anjuran Kerajaan Negeri yang dijadual berlangsung jam 9 pagi hingga 3 petang boleh didaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

"Mereka yang berminat juga boleh datang terus ke dewan dan kami akan membantu anda mendaftar.

"Antara saringan yang dilakukan membabitkan penyakit tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Selain pemeriksaan bagi kanser dan mata," katanya di Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program itu yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, barah payu dara, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619