ADN

DUN Rawang agih baucar beli-belah nilai RM100, bantu persiapan Tahun Baharu Cina

17 Jan 2022, 5:42 AM
DUN Rawang agih baucar beli-belah nilai RM100, bantu persiapan Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 17 JAN: Sebanyak 450 baucar membeli-belah diagihkan kepada masyarakat Tiong Hua sekitar Rawang sempena Tahun Baharu Cina yang bakal disambut awal bulan depan.

Ahli Dewan Negerinya Chua Wei Kiat berkata baucar Jom Shopping bernilai RM100 yang diagih bermula hari ini membantu penerima terdiri keluarga berpendapatan rendah (B40) membuat persediaan meraikan perayaan itu.

"Pemberian baucar ini dibuat selama seminggu di pusat khidmat masyarakat (PKM). Sebaik menerimanya, mereka boleh menggunakan baucar ini untuk membeli-belah di pasar raya NSK Rawang.

"Bantuan ini semestinya dapat meringankan beban masyarakat, namun diharap dimanfaatkan sebaik mungkin memandangkan harga barangan perayaan seperti limau meningkat mendadak tahun ini," katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut menasihati masyarakat berwaspada ketika menyambut perayaan selain mematuhi  tatacara operasi piawai (SOP) berikutan negara masih bergelut dengan ancaman Covid-19.

"Jangan alpa dengan SOP terutama ketika pulang ke kampung halaman atau menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara. Mereka kena fikir soal keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta orang tersayang," katanya.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan B40 sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyerahan bantuan disalurkan kepada komponen utama kaum di Selangor mengikut perayaan masing-masing.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619