ADN

Sempena Tahun Baharu Cina, 550 warga DUN Pandamaran terima baucar beli-belah

19 Jan 2025, 2:00 PM
Sempena Tahun Baharu Cina, 550 warga DUN Pandamaran terima baucar beli-belah

KLANG, 19 JAN:  Seramai 550 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran menerima manfaat baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Tony Leong Tuck Chee berkata kesemua mereka menerima bantuan perayaan bernilai RM200 yang diagihkan bermula hari ini.

“Tahun ini, jumlah penerima meningkat kepada 550 individu berbanding sebelum ini hanya 500. Terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana meningkat jumlah penerima sekaligus dapat membantu lebih ramai rakyat.

“Bantuan ini sememangnya dinanti kerana dapat meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan ketika ingin menyambut perayaan,” katanya ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah di Taman Chi Liung hari ini.

Selain Tahun Baharu Cina, inisiatif bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) turut diberi kepada keluarga kurang mampu untuk menyambut Aidilfitri dan Deepavali.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan RM12 juta diperuntuk bagi baucar Jom Shopping Perayaan.

Sebelum ini, EXCO pembasmian kemiskinan memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM4.76 juta bagi baucar Jom Shopping Perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

V Papparaidu berkata 23,800 baucar bernilai RM200 akan diagih pejabat DUN dan penyelaras membabitkan 56 DUN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619