ADN

Wakil rakyat Sentosa belanja lebih RM50,000 bantu mangsa banjir

16 Jan 2022, 9:37 AM
Wakil rakyat Sentosa belanja lebih RM50,000 bantu mangsa banjir
Wakil rakyat Sentosa belanja lebih RM50,000 bantu mangsa banjir

KLANG, 16 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa membelanjakan lebih RM50,000 menerusi bantuan pascabanjir kepada penduduk terlibat setakat ini.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata peruntukan itu diserahkan kepada 2,000 mangsa dan pihaknya kini menguruskan baki permohonan bagi tujuan berkenaan.

"Kita menerima banyak permohonan yang mahukan sumbangan ini dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu individu yang belum menerima bantuan," katanya.

[caption id="attachment_505004" align="alignright" width="381"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunarajah bercakap kepada Media Selangor ketika program masak nasi manis sempena perayaan Ponggal di Kuil Devi Sri Maha Kaligambal Alayam, Klang pada 16 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Gunarajah berkata demikian ketika ditemui pada Pesta Ponggal di Kuil Devi Sri Maha Kaligambal Alayam di sini.

Bantuan tersebut antaranya bakul makanan, barang keperluan harian dan tilam.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 50 keluarga kurang berkemampuan dan warga emas yang rata-ratanya mangsa banjir di kawasan terbabit sempena perayaan tersebut.

Menurut Gunarajah, pihaknya berterima kasih kepada penderma seperti badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan individu yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di DUN Sentosa.

"Kita menerima banyak sumbangan daripada dermawan, kita akan berusaha menyampaikan kepada mangsa kurang berkemampuan termasuk mangsa banjir," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619