ADN

50 termasuk mangsa banjir DUN Sentosa terima bantuan sempena Pesta Ponggal

16 Jan 2022, 8:12 AM
50 termasuk mangsa banjir DUN Sentosa terima bantuan sempena Pesta Ponggal
50 termasuk mangsa banjir DUN Sentosa terima bantuan sempena Pesta Ponggal
50 termasuk mangsa banjir DUN Sentosa terima bantuan sempena Pesta Ponggal

KLANG, 16 JAN: Seramai 50 penganut Hindu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima bantuan sempena Pesta Ponggal hari ini.

Semua penerima merupakan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan rata-ratanya terlibat dengan bencana banjir akhir tahun lalu, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Dr G Gunarajah.

"Setiap penerima menerima barangan keperluan antaranya seperti beras, air mineral, sabun dan baldi semuanya berjumlah RM45.

[caption id="attachment_504984" align="alignright" width="379"] S Logeswaran, 40. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa dalam mendepani ujian pascabanjir," katanya ketika ditemui pada Pesta Ponggal di Kuil Devi Sri Maha Kaligambal Alayam di sini.

Salah seorang penerima, S Logeswaran, 40, mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat terbabit yang sudi menghulurkan sumbangan tersebut.

"Terima kasih YB (Yang Berhormat) Dr Gunarajah kerana bantuan ini serba sedikit menampung barang keperluan yang rosak akibat banjir," katanya.

[caption id="attachment_504988" align="alignleft" width="381"] K Vasandi, 58. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Manakala, K Vasandi, 58, berkata ADN Sentosa sentiasa memberi sumbangan dan berterima kasih kerana prihatin dengan nasib penduduk.

Sementara itu, mengulas mengenai sambutan Pesta Ponggal Dr G Gunarajah memaklumkan meskipun berada dalam fasa pandemik ia tidak menghalang kaum Hindu untuk meraikannya.

"Kira-kira 100 orang hadir bagi meraikan pesta hari ini. Walaupun berbeza dengan sambutan sebelum ini kerana kita perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) tetapi ia tetap meriah.

"Pesta Ponggal ini juga sebagai simbolik untuk kita berterima kasih kepada maha kuasa di atas segala yang kita nikmati selama setahun sebelum ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619