PBT

MPKj: Caj RM1,500 seekor jika ternakan ditangkap, atasi isu haiwan berkeliaran

15 Jan 2022, 12:30 AM
MPKj: Caj RM1,500 seekor jika ternakan ditangkap, atasi isu haiwan berkeliaran
MPKj: Caj RM1,500 seekor jika ternakan ditangkap, atasi isu haiwan berkeliaran

SHAH ALAM, 15 JAN: Caj tangkapan RM1,500 dikenakan terhadap individu sekiranya haiwan ternakan ditangkap penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

MPKj memaklumkan operasi yang bermula semalam dijalankan bagi menangani masalah haiwan berkeliaran di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Awas penternak di kawasan pentadbiran MPKj, operasi tangkapan haiwan akan dilaksanakan.

"Ternakan yang berkeliaran akan ditangkap dan penternak akan dikenakan caj tangkapan RM1,500 seekor," katanya di Facebook.

MPKj juga memaklumkan operasi berkenaan akan dijalankan setiap hari bagi membendung masalah berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619