ADN

346 ahli Tawas DUN Permatang terima bantuan sekolah

10 Jan 2022, 4:39 AM
346 ahli Tawas DUN Permatang terima bantuan sekolah

SHAH ALAM, 10 JAN: Seramai 346 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang yang lahir pada 2015 layak menerima bantuan persekolahan.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata bantuan beg sekolah, bekas makanan dan minuman serta alat tulis boleh diperolehi di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) mulai hari ini hingga 12 Februari.

"Bantuan yang disediakan Kerajaan Negeri ini dapat meringankan beban keluarga kerana seperti sedia maklum harga sebuah beg sekolah sahaja lebih RM50.

"Jika sebuah keluarga itu mempunyai lebih seorang anak, bantuan seperti ini sudah tentu dapat menjimatkan perbelanjaan," katanya kepada Selangorkini.

Beliau turut berharap bantuan tersebut menjadi pembakar semangat buat anak-anak yang pertama kali menempuh alam persekolahan tahun ini.

Semakan boleh dibuat dibuat melalui pautan https://tawas.yawas.my/admin/semakan_pbms.php atau hubungi Hafiz (03-32812069) dan Faten (010-5573736).

Pada 4 Disember tahun lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 44,484 ahli Tawas seluruh negeri menerima bantuan persekolahan tahun ini.

Katanya, edaran dibuat melalui setiap PKM dengan ibu bapa perlu mengambil kelengkapan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619