BERITA UTAMA

35 produk makanan kampung baru berpotensi dikomersial

9 Jan 2022, 7:41 AM
35 produk makanan kampung baru berpotensi dikomersial

CHERAS, 9 JAN: Sebanyak 35 produk makanan di kampung baru dikenal pasti berpotensi tinggi untuk dikomersialkan, kata EXCO pembangunan kampung baru.

Ng Sze Han berkata semua produk tersebut akan menjalani latihan menerusi Program BAIK supaya produk mereka dinaik taraf daripada segi pembungkusan dan pemasaran.

"Program BAIK dianjurkan bermula Ogos tahun lalu untuk mencari produk terbaik dari kampung baru di Selangor. Kita sedia maklum makanan di kampung baru memang sedap tetapi bungkusannya kurang menarik.

"Melalui program ini produk makanan dapat dinaik taraf supaya menjadi lebih menarik dan mencapai objektif iaitu memasuki pasaran di seluruh Malaysia berbanding di Selangor sahaja," katanya ditemui di Kampung Baru Batu 11 di sini hari ini.

Sze Han berkata buat masa ini, pihaknya telah dihubungi beberapa platform dalam talian yang berminat untuk memasarkan produk kampung baru itu.

"Penglibatan dalam platform ini dapat membantu membangunkan ekonomi penduduk terjejas terutama ketika pandemik sekali gus menambah pendapatan.

"Kita merancang untuk menganjurkan program BAIK ini secara tahunan untuk mencari lebih banyak produk dan bekerjasama dengan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619