BERITA UTAMA

MB: 8,219 keluarga terima bantuan banjir RM1,000

4 Jan 2022, 7:00 AM
MB: 8,219 keluarga terima bantuan banjir RM1,000
MB: 8,219 keluarga terima bantuan banjir RM1,000

SHAH ALAM, 4 JAN: Seramai 8,219 keluarga terjejas banjir di negeri ini memperoleh bantuan berjumlah RM1,000 setakat hari ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Selangor membelanjakan sebanyak RM8.239 juta menerusi inisiatif Selangor Bangkit.

"Kerajaan Negeri akan memulakan proses penyerahan sumbangan rumah ke rumah bagi memudahkan rakyat menerima bantuan," katanya menerusi Twitter.

Pada 21 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah tiga minggu lalu.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Bantuan diagih mulai 28 Disember lalu dan dijangka selesai agihan hujung bulan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619