AGENSI

Kes dera kanak-kanak, keganasan rumah tangga antara 30 aduan ketika banjir

2 Jan 2022, 12:27 PM
Kes dera kanak-kanak, keganasan rumah tangga antara 30 aduan ketika banjir
Kes dera kanak-kanak, keganasan rumah tangga antara 30 aduan ketika banjir

SHAH ALAM, 2 JAN: Sebanyak 30 aduan termasuk kes dera dan keganasan rumah tangga diterima menerusi talian SELamat dalam tempoh banjir dan pascabanjir setakat 30 Disember lalu.

Tanpa memperinci kes berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) Siti Kamariah Ahmad Subki menjelaskan panggilan membabitkan kes dera diterima daripada jiran mangsa.

[caption id="attachment_503048" align="alignright" width="380"] Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS), Siti Kamariah Ahmad Subki memegang plakad ‘Hentikan Keganasan Terhadap Wanita' sempena pelancaran talian khas SELamat
di Perbadanan Perpustakan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam pada 22 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Ada kes kanak-kanak melarikan diri ketika banjir kerana didera bapa. Bagi kes penderaan, ia dirujuk kepada Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

"Ada juga kes tertekan akibat kejadian banjir dan kes ini telah pun berjaya diselamatkan," katanya sambil menambah kes keganasan rumah tangga juga ada diterima.

Siti Kamariah berkata pihaknya juga ada menerima panggilan daripada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang meminta dos penggalak lantaran bimbang dijangkiti Covid-19.

Dibangunkan untuk aduan keganasan rumah tangga, talian SELamat beroperasi 24 jam sejak 3 November menerusi talian 03-64195027 yang dikendalikan kakitangan Wanita Berdaya Selangor dan sukarelawan terlatih.

Pada 9 Jun 2021, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan dana RM100,000 untuk membangunkan talian tersebut, sebahagian inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619