AGENSI

Produk dipasar Hasil Suri Selangor laris sejak PKP

23 Jul 2021, 9:04 AM
Produk dipasar Hasil Suri Selangor laris sejak PKP

SHAH ALAM, 23 JULAI: Produk hasil tangan wanita yang dipasar menerusi platform Hasil Suri Selangor (HaSSel) laris dijual sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Ketua pegawai eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS) berkata produk seperti makanan dan perhiasan mendapat sambutan sehingga laman sesawangnya terpaksa ditutup sementara untuk menambah stok.

“Laman sesawang ini dijangka beroperasi semula dalam waktu terdekat bagi membolehkan masyarakat membelinya,” kata Siti Kamariah Ahmad Subki kepada SelangorKini.

Beliau berkata selain memberi peluang memasarkan produk pihaknya juga menggalakkan usahawan membeli bahan mentah secara dalam talian.

“Kita sedar terdapat kekangan sepanjang PKP namun mereka dinasihat menggunakan medium tersebut untuk mendapatkan bahan berkaitan untuk menghasilkan produk jualan seterusnya berada dalam pasaran," katanya.

HaSSel merupakan landasan bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) wanita memperkenalkan produk bagi tujuan komersial.

Ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri memperkasakan golongan terbabit di Selangor terutamanya mereka mempunyai masalah daripada segi sosio ekonomi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619