BERITA UTAMA

Bas percuma negeri lancar pergerakan di Taman Sri Muda

2 Jan 2022, 6:25 AM
Bas percuma negeri lancar pergerakan di Taman Sri Muda
Bas percuma negeri lancar pergerakan di Taman Sri Muda

SHAH ALAM, 2 JAN: Kemudahan laluan sementara Bas Smart Selangor di sekitar Taman Sri Muda di sini disediakan untuk melancarkan pergerakan di lokasi terjejas teruk akibat banjir pada 18 Disember lalu itu.

EXCO Pengangkutan Ng Sze Han berkata ini kerana penempatan berkenaan padat dengan penduduk dan kawasan yang terjejas juga luas.

“Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan laluan sementara Bas Smart Selangor untuk kemudahan penduduk Taman Sri Muda yang terkesan dengan bencana banjir.

“Inisiatif ini supaya mereka mudah untuk keluar masuk, ramai yang terjejas akibat kerosakan kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

[caption id="attachment_503006" align="alignright" width="500"] Pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor dikehendaki mengimbas QR kod ketika tinjauan Selangorkini di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 2 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Tambah Sze Han, Kerajaan Selangor akan melihat sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan laluan sementara itu sebelum memutuskan tempoh operasinya.

Laluan sementara Bas Smart Selangor di sekitar Taman Sri Muda di sini disediakan untuk kegunaan penduduk terkesan banjir di kawasan itu yang bermula sejak semalam.

Laluan itu bermula di Hab Sri Muda diikuti Balai Polis Sri Muda, Hentian Jalan Hasrat, Pasaraya NSK, Petron Sri Muda, Pangsapuri Andorra dan berakhir di Hab Sri Muda.

Perkhidmatan tersebut bermula 6 pagi hingga 10 malam dengan kekerapan sejam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619