BERITA UTAMA

Agihan bantuan banjir fasa pertama di Dengkil dijangka selesai Selasa

1 Jan 2022, 1:14 AM
Agihan bantuan banjir fasa pertama di Dengkil dijangka selesai Selasa
Agihan bantuan banjir fasa pertama di Dengkil dijangka selesai Selasa

BANTING, 1 JAN: Agihan bantuan RM1,000 kepada kira-kira 5,000 mangsa banjir untuk kumpulan pertama sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil dijangka selesai Selasa depan.

Pegawai Penyelarasnya Hamidi A Hasan berkata sumbangan melalui inisiatif Selangor Bangkit sudah mula diedar kepada 700 keluarga terjejas yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada Khamis lalu.

"Agihan bantuan dibuat dalam tiga fasa yang akan memanfaatkan hampir 15,000 keluarga terlibat dengan bencana. Semalam (30 Disember) bermula bayaran fasa pertama berdasarkan rekod di PPS.

"Fasa kedua dikhususkan kepada mangsa terjejas tetapi tidak dipindahkan dan fasa ketiga lain-lain kes. Permohonan masih banyak diterima dengan ketua kampung serta pejabat pusat khidmat masyarakat sedang membuat proses pengesahan," katanya.

[caption id="attachment_502799" align="alignright" width="380"] Pegawai Penyelaras DUN Dengkil Hamidi A Hasan. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian pada program penyerahan bantuan kelengkapan rumah kepada 237 penduduk terjejas banjir di Kampung Orang Asli Bukit Tadom di sini semalam.

Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah dua minggu lalu.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619