BERITA UTAMA

Negeri, Jakoa kerjasama bantu Orang Asli mohon bantuan banjir

22 Dis 2021, 1:30 PM
Negeri, Jakoa kerjasama bantu Orang Asli mohon bantuan banjir

KUALA LANGAT, 22 DIS: Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dalam membantu masyarakat Orang Asli memohon bantuan banjir.

EXCO hal ehwal Orang Asli berkata jabatan itu mempunyai maklumat terperinci dan lengkap berhubung penduduk yang terjejas akibat bencana alam itu.

"Pada masa sama, kita mohon ketua kampung, pengerusi atau tok batin juga memainkan peranan untuk membantu penduduk bagi memudahkan urusan permohonan," kata Hee Loy Sian.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan keperluan harian di tiga perkampungan di Sepang dan Kuala Langat yang terjejas akibat banjir iaitu Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Kampung Orang Asli Tampoi Seberang dan Kampung Orang Asli Bukit Serdang.

Dalam pada itu, Loy Sian memaklumkan pihaknya akan mencadangkan supaya permohonan bantuan tersebut dipermudahkan agar tidak membebankan mangsa banjir.

"Kita akan fikirkan kaedah paling ringan untuk mereka kerana sekarang sudah terbeban. Mereka tidak larat untuk pergi ke balai polis buat laporan dan hendak bersihkan rumah lagi," katanya.

Semalam, Dato' Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah mulai Sabtu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata selain pemulihan infrastruktur, dana itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban.

Selain itu, sumbangan RM1,000 turut diagihkan kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman dan barangan yang rosak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619