BERITA UTAMA

MB lawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kuala Selangor

22 Dis 2021, 10:11 AM
MB lawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kuala Selangor
MB lawat mangsa banjir di pusat pemindahan Kuala Selangor

SHAH ALAM, 22 DIS: Dato' Menteri Besar melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata seramai 681 individu ditempatkan di PPS berkenaan yang terkesan akibat limpahan air susulan ban pecah.

[caption id="attachment_501402" align="alignnone" width="776"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor pada 22 Disember 2021. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

"Kontraktor sedang membina semula ban dan proses pengepaman air giat dilaksana ketika ini," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini tular beberapa video di media sosial menunjukkan beberapa ban termasuk di Kampung Asahan, Bestari Jaya pecah akibat tekanan air banjir di daerah itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619