BERITA UTAMA

400 pencawang elektrik tidak berfungsi, kerja pam air lokasi banjir terjejas

21 Dis 2021, 4:10 PM
400 pencawang elektrik tidak berfungsi, kerja pam air lokasi banjir terjejas

SHAH ALAM, 21 DIS: Sebanyak 400 pencawang masih elektrik belum berfungsi memberi kesan kepada proses pengepaman air banjir di negeri ini, kata EXCO infrastruktur.

Ir Izham Hashim berkata jumlah itu sangat banyak dan memberikan kesan kepada kawasan perumahan, kilang dan pam air sejak beberapa hari lalu.

"Masalah utama adalah bekalan elektrik, semalam TNB memaklumkan daripada kira-kira 1,000 pencawang elektrik di seluruh Selangor, 400 masih belum dapat dihidupkan balik," katanya menerusi video dimuat naik di Facebook.

Tambah beliau proses menyedut air banjir di kawasan yang terjejas banjir juga bermula sejak malam semalam.

Katanya, beberapa pam air diterima daripada pelbagai pihak termasuk dari kerajaan persekutuan bagi menyalurkan air banjir ke sungai dan parit besar berdekatan.

“Pam-pam ini dihantar ke tempat yang memerlukan seperti Jalan Kebun Bunga, Batu Tiga dan Taman Sri Muda di Shah Alam dan kerja-kerja pengepaman air telah bermula pada malam semalam.

"Di Klang sahaja sebanyak 56 pam air digunakan bagi tujuan berkenaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619