AGENDA

Tiga LRA mula operasi, bekalan air di 11 kawasan pulih sepenuhnya

20 Dis 2021, 10:07 AM
Tiga LRA mula operasi, bekalan air di 11 kawasan pulih sepenuhnya
Tiga LRA mula operasi, bekalan air di 11 kawasan pulih sepenuhnya
Tiga LRA mula operasi, bekalan air di 11 kawasan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 20 DIS: Tiga Loji Rawatan Air (LRA) yang terpaksa dihenti tugas susulan banjir memulakan operasi selain 11 kawasan menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 4 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bekalan air melibatkan LRA Semenyih 2 diagihkan secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya jam 10 malam ini.

"Bagi LRA Sungai Langat dan LRA Langat 2, operasi dimulakan sepenuhnya dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 11 malam hari Rabu.

"Jangkaan untuk LRA Cheras Batu 11 beroperasi sepenuhnya masih belum dapat dipastikan buat masa ini," katanya menerusi Facebook.

Tambah Air Selangor, pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor.

Peningkatan paras sungai akibat banjir di Selangor kelmarin menyebabkan LRA Semenyih 2, Sungai Langat, Langat 2 dan Cheras Batu 11 terpaksa dihenti tugas.

Susulan itu, sebanyak 472 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619