AGENDA

Kemalangan di Lebuhraya Karak, LRA Langat 2 dihenti tugas sementara

11 Ogos 2022, 12:31 AM
Kemalangan di Lebuhraya Karak, LRA Langat 2 dihenti tugas sementara

SHAH ALAM, 11 OGOS: Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dihenti tugas sementara pada jam 4.30 pagi tadi susulan kemalangan berlaku di KM75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur semalam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata langkah itu dibuat selepas pihaknya mengesan pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat insiden itu.

"Sejumlah 394 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada jam 10 pagi ini.

"Senarai penuh kawasan yang terjejas akan dikongsikan dalam masa terdekat ini," katanya di Facebook.

Air Selangor berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden berkenaan dari semasa ke semasa menerusi semua medium.

Pengguna boleh merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619