BERITA UTAMA

MBSJ jalan operasi tembak gagak, tangani kacau ganggu

16 Dis 2021, 1:00 AM
MBSJ jalan operasi tembak gagak, tangani kacau ganggu

SHAH ALAM, 16 DIS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan melaksanakan operasi menembak gagak di lokasi titik panas Sabtu ini bagi menangani masalah kacau ganggu spesies tersebut.

Timbalan pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya berkata operasi bermula jam 7 pagi hingga 9 malam diadakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk.

Beliau menjelaskan usaha itu juga bertujuan meningkatkan tahap kebersihan di kawasan bandar raya terbabit.

"Sehubungan itu, warga Subang Jaya diingatkan agar mengambil maklum sekali gus tidak berada di kawasan berhampiran sewaktu aktiviti menembak gagak dijalankan," kata Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang rasmi http://www.mbsj.gov.my dan platform media sosial MBSJ (Facebook, Instagram dan Twitter) atau hubungi pusat kawalan di talian 03-80247700.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619