BERITA UTAMA

Caj parkir kawasan tumpuan Sabak Bernam tangguh ke tarikh lain

14 Dis 2021, 5:41 AM
Caj parkir kawasan tumpuan Sabak Bernam tangguh ke tarikh lain

SHAH ALAM, 14 DIS: Pelaksanaan pembayaran parkir di kawasan tumpuan daerah Sabak Bernam yang sepatutnya bermula 1 Januari ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Noraini Ahmad berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa baru-baru ini.

Menurut beliau, penangguhan itu bagi meringankan beban orang ramai susulan pandemik Covid-19.

"Sepatutnya pembayaran parkir termasuk secara digital mula dilaksana di beberapa kawasan tumpuan ramai tetapi kita tangguhkan terlebih dahulu untuk bantu masyarakat terkesan dengan Covid-19.

"MDSB akan memaklumkan tarikh pelaksanaannya apabila ada keputusan muktamad," katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan jawapan lisan Sidang Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober hingga 12 November tahun lalu, Kerajaan Negeri memaklumkan pelaksanaan tempat letak kereta berbayar di kawasan pentadbiran MDSB akan dilaksana di Pekan Sabak, Sekinchan dan Sungai Besar.

Cadangan lokasi itu dibuat berdasarkan kawasan itu sering menjadi tumpuan dan mempunyai premis perbankan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619