PBT

MDSB keluar enam kompaun dalam operasi pantau bazar Ramadan

16 Mac 2024, 7:30 AM
MDSB keluar enam kompaun dalam operasi pantau bazar Ramadan

SHAH ALAM, 16 MAC: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengeluarkan enam kompaun dalam operasi pemantauan dan pemeriksaan di Bazar Ramadan Sungai Besar, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kompaun dikeluarkan atas kesalahan lesen tamat tempoh, kad suntikan typhoid tidak dibawa dan tamat tempoh selain terdapat telur lalat dalam makanan.

"Pemeriksaan bermula jam 4 petang di gerai jualan termasuk kad suntikan, sijil kursus pengendalian makanan, kebersihan diri, gerai dan kempen keselamatan dan pengurusan sampah yang betul.

"Semua peniaga diingatkan supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan elakkan daripada dikenakan kompaun atau tindakan selanjutnya yang lebih tegas," katanya menerusi Facebook.

Operasi membabitkan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Penguatkuasaan MDSB disertai Setiausahanya Mohd Azreen Ariffin dan Ketua Unit Perundangan Nur Suhada Bakri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619