ADN

MBI agih tunai bantu 49 mangsa ribut di Meru

13 Dis 2021, 2:00 PM
MBI agih tunai bantu 49 mangsa ribut di Meru

KLANG, 13 DIS: Seramai 49 mangsa ribut sekitar pekan Meru pada Jun lalu menerima bantuan tunai RM300 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini.

Wakil rakyat Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata sumbangan mencecah RM15,000 mampu mengurangkan beban mangsa selepas mengeluarkan kos membaik pulih rumah.

"Kebanyakan mangsa merupakan golongan berpendapatan rendah (B40). Jadi mereka perlu dibantu supaya tidak merasa terbeban dengan kejadian yang menimpa," katanya selepas menyerahkan bantuan berkenaan.

Turut hadir pemangku Eksekutif Kanan Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Nurul Hani Nadira.

Mohd Fakhrulrazi berkata pihaknya sebelum ini membelanjakan RM20,000 bagi membaiki segera kerosakan rumah berikutan mangsa memerlukan tempat berteduh.

"Pada masa sama kita turut bantu menerusi tabung bencana daerah. Semua mangsa menerima bantuan berbeza mengikut kerosakan dialami," katanya lagi.

Kejadian pada 17 Jun lalu merosakkan hampir 80 kediaman sekitar Jalan Jambu, Taman Meru 3, Taman Desa Permai, Jalan Hamzah Alang, Kampung Budiman, Jalan Nanas dan Jalan Limau pada Jun.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619