BERITA UTAMA

Program kebudayaan Selangor diperluas mulai tahun depan

12 Dis 2021, 12:14 AM
Program kebudayaan Selangor diperluas mulai tahun depan
Program kebudayaan Selangor diperluas mulai tahun depan

KUALA LANGAT, 12 DIS: Program Rentak Selangor diperluaskan lagi tahun hadapan dengan mengetengahkan seni kebudayaan lain.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata pihaknya tidak mahu memfokuskan seni kebudayaan dengan mengutamakan sesuatu aktiviti sahaja contohnya seperti tarian.

Borhan Aman Shah menjelaskan baru-baru ini pihaknya memperkenalkan tarian kuda kepang di Sabak Bernam dan tarian dabus di Kuala Selangor.

[caption id="attachment_499455" align="alignright" width="426"] EXCO Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan, Borhan Aman Shah berucap ketika program Junjungan Kasih Melestarikan Budaya Warisan (Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor) di Istana Bandar, Kuala Langat pada 11 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Bagaimanapun, tahun hadapan kita kembangkan lagi program Rentak Selangor dengan perkenal busana, makanan dan tempat bersejarah.

“Kita semua harus mengambil berat dan bertanggungjawab memastikan budaya Selangor kekal dan ada pewaris selain ditegakkan menjadi identiti negeri,” katanya.

Pada 4 Mac, Borhan memaklumakn Kerajaan Negeri mengadakan siri jelajah program Rentak Selangor yang menampilkan kepelbagaian persembahan seni dan budaya masyarakat.

Program berkenaan bakal merancakkan semula sektor pelancongan pascaperintah kawalan.

Siri jelajah itu turut menampilkan kampung atau daerah yang memiliki tapak seni dan budaya untuk tatapan generasi muda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619