AGENDA

Hampir 10,000 kunjungi Pesta Buku Selangor selepas ditutup pada Rabu

11 Dis 2021, 11:40 AM
Hampir 10,000 kunjungi Pesta Buku Selangor selepas ditutup pada Rabu
Hampir 10,000 kunjungi Pesta Buku Selangor selepas ditutup pada Rabu

SHAH ALAM, 11 DIS: Hampir 10,000 pengunjung hadir ke Pesta Buku Selangor 2021 dalam tempoh tiga hari selepas ditutup sehari Rabu lalu.

Pengarah program Mohamed Fadzli Mohd Fauzi berkata secara anggaran seramai 2,000 pengunjung hadir pada hari biasa dan mencecah 8,000 pada hari minggu.

“Hari ini pengunjung mulai ramai pada jam 11 pagi memandangkan ini adalah hari kedua terakhir dan pastinya aspek tatacara operasi piawai (SOP) amat dititik beratkan.

“Kita mempunyai sistem yang mengetahui bilangan pengunjung dan menerusi sistem itu kita menghadkan jumlah 2,000 pengunjung dalam satu-satu masa,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pada 8 Disember, Pesta Buku Selangor 2021 ditutup sementara bagi menjalankan kerja sanitasi bagi memenuhi pematuhan standard kesihatan mencegah penularan Covid-19.

[caption id="attachment_499428" align="alignnone" width="881"] Petugas PPAS Abdullah Majid mengangkat papan amaran penjarakan fizikal dua meter bagi memastikan pengunjung mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 11 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mohamed Fadzli berkata seramai 30 petugas diberi peranan dalam memastikan pengunjung sentiasa mematuhi SOP khususnya ketika membeli buku.

“Mereka ini membawa papan amaran bertulis jaga jarak fizikal dua meter di setiap ruang di dalam dewan kerana dalam keadaan sibuk membeli mungkin ada yang terlupa jadi kita ingatkan,” katanya.

Pesta berlangsung 11 hari sehingga 12 Disember bermula dari 10 pagi hingga 9 malam manakala pada Jumaat dan Sabtu dilanjutkan hingga 10 malam.

Lebih 200,000 karya tempatan dan antarabangsa ditawarkan dengan diskaun menarik selain menyediakan 152 gerai jualan.

Pesta turut menawarkan segmen pembelian buku secara dalam talian sebagai daya tarikan.

Selain kepelbagaian aktiviti, pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619