AGENDA

Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung

9 Dis 2023, 4:13 AM
Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung
Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung
Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung
Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung
Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung
Berbaki dua hari, pesta buku Selangor yakin capai sasaran 300,000 pengunjung

SHAH ALAM, 9 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) mampu mencapai sasaran 300,000 pengunjung, berbaki dua hari lagi penganjurannya.

Pengarah SIBF Zafrullah Aris berkata sejak dianjur pada 1 Disember, acara selama 10 hari itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 200,000 pengunjung pelbagai peringkat umur setakat semalam.

“Alhamdulillah kita terima sambutan yang sangat baik. Pelbagai peringkat umur, bangsa malah dari negara jiran turut hadir ke pesta kali ini dan segmen Hati dan Minda Sasterawan antara yang dapat perhatian ramai.

“Kıta jangka berbaki dua hari penganjuran iaitu hari ini dan esok, sasaran dapat dicapai. Tambahan dua hari ini adalah hari cuti hujung minggu dan mungkin boleh melepasi jumlah sasaran pengunjung,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_617814" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlansung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Zafrullah berkata acara tahun ini turut melibatkan penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah selepas pihaknya menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Penglibatan menerusi beberapa segmen ini memberi manfaat besar kepada mereka. Selain itu beberapa pempamer turut mengambil inisiatif sendiri bagi menarik kehadiran pengunjung ke rerurai mereka.

“Antara usaha dilakukan memanggil beberapa artis dan selebriti termasuk penyanyi rock tanah air Ella dan penulis novel. Ini membuatkan rerurai mereka diserbu peminat,” katanya.

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu susulan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Sejak dianjurkan pada 2006, pesta buku itu bermula di Kompleks PKNS dan kemudian bertukar ke Pusat Konvensyen MBSA yang merekod hampir 5 juta pengunjung.

[caption id="attachment_617815" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_617819" align="aligncenter" width="700"] Suasana pengunjung yang hadir ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

 

[caption id="attachment_617821" align="aligncenter" width="700"] Pengurus SPM GAMES Kareno Zainal Abidin memberi penerangan kepada pengunjung mengenai pelbagai permainan pembelajaran dari Syarikat Permainan Malaysia (SPM) ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_617823" align="aligncenter" width="700"] Kakitangan Everbest Media Haziq Zubaidi Jauhari memberi penerangan kepada pengunjung permainan pembelajaran Matatalab ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619