BERITA UTAMA

Negeri teliti tambah senarai barangan bawah skim harga maksimum

9 Dis 2021, 2:00 PM
Negeri teliti tambah senarai barangan bawah skim harga maksimum

SHAH ALAM, 9 DIS: Kerajaan Selangor meneliti keperluan untuk menambah barangan dalam senarai Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) sebelum mencadangkannya kepada persekutuan.

EXCO industri halal berkata pemilihan produk berdasarkan permintaan tertinggi pengguna yang dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

"Kita akan memantau produk yang permintaannya tinggi dalam kalangan pengguna dan jika harganya didapati tidak terkawal, maka kita akan masukkan dalam senarai tersebut.

"Perkara ini akan diusulkan KPDNHEP kepada kerajaan persekutuan," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni selepas melancarkan inisiatif Halal Suri Darul Ehsan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut mempertimbang untuk melanjutkan tempoh skim itu bergantung situasi semasa selain menggesa rakyat mengadukan kepada KPDNHEP jika berlaku kenaikan melampau.

"Kita akan melihat dari semasa ke semasa terutama pada hari perayaan dan cuti sekolah kerana permintaan produk makanan dan barang keperluan ketika itu agak tinggi," katanya.

Pada Selasa, kerajaan mengumumkan pelaksanaan SHMKM di seluruh negara hingga 31 Disember bagi menstabilkan harga barangan keperluan dan memastikan bekalan itu mencukupi di pasaran.

Antara barangan disenaraikan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kubis bulat import (dari Indonesia dan China) serta timun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619