AGENDA

EXCO: Bantu pengurusan pangsapuri jana pendapatan, tampung kos selenggara

8 Dis 2021, 4:16 AM
EXCO: Bantu pengurusan pangsapuri jana pendapatan, tampung kos selenggara

SHAH ALAM, 8 DIS: Kerajaan Negeri sentiasa membantu badan pengurusan bersama (JMB) membabitkan kos penyelenggaraan perumahan strata terutama jenis kos rendah.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata antara bantuan diberikan adalah melibatkan JMB bermasalah dalam program kebun komuniti sekali gus mempunyai pendapatan membayar semula caj penyelenggaraan.

"Bagaimanapun, sehingga kini belum ada dasar khusus untuk membantu JMB berhubung penyelenggaraan perumahan berstrata terutama jenis kos rendah.

"Peruntukan Seksyen 9(1) Akta 757 menyatakan tanggungjawab penyelenggaraan di bawah pemaju jika belum diserahkan kepada JMB. Seksyen 21(1) akta sama pula menyatakan kewajipan JMB untuk menyelenggara melalui hasil kutipan daripada pemilik petak," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Kota Damansara Shatiri Mansor berhubung dasar Kerajaan Negeri untuk membantu kos penyelenggaraan atau pembaikan perumahan strata dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan program yang dapat membantu meningkatkan sumber kewangan JMB pangsapuri terutama kos rendah dan sederhana rendah.

Program tersebut adalah Kebun Komuniti atau Laman Hijau Strata, K-Inovasi Pusat Kitar Strata dan Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619