BERITA UTAMA

Terap konsep kejiranan hijau, wujud persekitaran sihat

6 Dis 2021, 3:39 AM
Terap konsep kejiranan hijau, wujud persekitaran sihat
Terap konsep kejiranan hijau, wujud persekitaran sihat

SHAH ALAM, 6 DIS: Kerajaan Negeri menyeru setiap pangsapuri di negeri ini menerapkan konsep kejiranan hijau dalam kebun komuniti masing-masing bagi mewujudkan persekitaran sihat.

Ia selaras pengumuman insentif kejiranan hijau dalam belanjawan negeri tahun depan dengan mengutamakan penggunaan sumber semula jadi demi keselamatan dan kebajikan penduduk, kata EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar.

"Kita amat prihatin dengan cabaran kehidupan di kediaman pangsapuri yang mana kawasan terlalu padat boleh mewujudkan persekitaran tidak sihat seterusnya menurunkan kualiti kehidupan bandar.

[caption id="attachment_498608" align="alignleft" width="462"] EXCO Perumahan Rodziah Ismail berucap merasmikan Program Pertandingan Anugerah Laman Hijau Strata Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Midland, Shah Alam pada 5 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Justeru, sudah sampai masanya Selangor menetapkan kriteria pembangunan pangsapuri dan kebun komuniti mesti mengadaptasi teknologi hijau. Ia mungkin boleh dimulakan dengan pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED) serta solar," kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Anugerah Laman Hijau Strata 2021 di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7 di sini semalam.

Belanjawan #Selangor2022 memperuntukkan sejumlah RM600,000 bagi pemasangan produk teknologi hijau dan pembangunan kejiranan hijau di negeri ini.

Dato' Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Negeri berhasrat menubuhkan 'Selangor Green Council' bagi menyokong inisiatif pembangunan dan pertumbuhan sektor teknologi hijau.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata rakyat negeri ini juga digalak membangunkan kebun komuniti yang boleh mendatangkan hasil untuk kegunaan sendiri atau dijual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619