AGENDA

Juliana Evans lancar rantai leher, perkenal Selangor di mata dunia

4 Dis 2021, 10:28 AM
Juliana Evans lancar rantai leher, perkenal Selangor di mata dunia

PETALING JAYA, 4 DIS: Pelakon Che Puan Juliana Evans hari ini melancarkan rantai leher berbentuk peta Selangor sebagai usaha membantu mempromosikan sektor pelancongan negeri ini.

Duta pelancongan negeri itu berkata ide menghasilkan rantai yang mempunyai pilihan emas 24 karat dan perak itu tercetus daripada minatnya dalam pelancongan dan mahu memperkenal lagi nama Selangor di peta dunia.

“Ketika melawat California di Amerika Syarikat, saya ternampak rantai dalam bentuk daerah itu, cantik...tetapi saya fikir lebih baik ada produk sama mengingatkan orang ramai kepada Selangor dan mendorongnya melancong ke sini.

“Sebagai anak jati, saya mendapat inspirasi menghasilkan rantai leher dengan peta negeri ini,” katanya ditemui pada program pameran pelancongan Pusing Selangor Dulu yang disempurnakan EXCO Pelancongan Hee Loy Sian di sini hari ini.

Rantai jenama JEVANS Jewelry itu boleh dibeli pada harga RM159 secara dalam talian menerusi jevans.my dan aplikasi membeli belah Shopee.

Juliana diperkenal sebagai duta pelancongan negeri pada Disember tahun lalu.

Beliau kerap mempromosikan kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ menerusi platform media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619