AGENDA

Negeri sasar 3.5 juta pelancong, Geotaman Gombak-Hulu Langat antara lokasi tumpuan

8 Jan 2023, 6:51 AM
Negeri sasar 3.5 juta pelancong, Geotaman Gombak-Hulu Langat antara lokasi tumpuan

SHAH ALAM, 8 JAN: Jumlah pelancong di Selangor dijangka meningkat kepada lebih 3.5 juta pada tahun ini berbanding 3.3 juta pada tahun lalu, kata EXCO pelancongan.

Hee Loy Sian berkata antara lokasi yang menjadi tarikan pelancong ialah di taman tema air Splash Mania di Gamuda Cove dan pelancongan pelayaran melalui Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang.

"Selain itu, turut menjadi tumpuan segmentasi ekopelancongan seperti Geotaman Gombak-Hulu Langat yang terdiri daripada 20 geotapak di Gombak dan Hulu Langat seperti Batu Arang, Batu Caves dan agropelancongan seperti Selangor Fruit Valley.

"Negeri ini mempunyai banyak lokasi menarik untuk dikunjungi untuk aktiviti bersama keluarga dan rakan serta tidak terhad di kawasan bandar sahaja," katanya kepada SelangorKini.

Tambah Loy Sian, bagi menarik minat pelancong, pakej berasaskan komuniti setempat akan dipasarkan secara meluas kerana ia merupakan trend terkini pelancong.

Ketika membentang Belanjawan Selangor 2023, Dato' Menteri Besar memaklumkan sejumlah RM6 juta disediakan untuk memperkasa industri pelancongan negeri..

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, dua kempen promosi pelancongan dilaksanakan iaitu ‘Pusing Selangor Dulu!’ bagi domestik manakala pasaran antarabangsa ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere’.

Bahkan, acara mega Konvensyen Global Tourism Selangor 2023 pula diteruskan dengan berkonsep peniaga kepada pelanggan menerusi peruntukan RM1 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619