BERITA UTAMA

324 projek perkilangan di Selangor dilulus pada 2020

2 Dis 2021, 8:40 AM
324 projek perkilangan di Selangor dilulus pada 2020

SHAH ALAM, 2 DIS: Sebanyak 324 projek perkilangan di Selangor diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2020 dengan nilai pelaburan berjumlah RM18.43 bilion.

EXCO Perdagangan dan Perindustrian Dato' Teng Chang Khim berkata daripada jumlah keseluruhan projek yang diluluskan itu, sebanyak 93 peratus telah dilaksanakan.

"Sebanyak tujuh peratus masih dalam peringkat perancangan, pembangunan kilang dan juga pemasangan mesin dan alatan.

"Bagi memastikan projek yang diluluskan dapat direalisasikan, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sentiasa mengadakan perbincangan dan tindakan susulan terhadap pelabur bagi membantu menyelesaikan isu berbangkit," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wakil rakyat Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail mengenai projek perkilangan yang diluluskan pada 2020 ketika penggulungan perbahasan Belanjawan #Selangor2022 pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Tambah Chang Khim, tiada garis masa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak pelabur tidak menarik cadangan pelaburan mereka.

"Mana-mana syarikat yang mendapat kelulusan projek perkilangan daripada pihak Mida perlu mendapatkan surat tiada halangan (No-Objection Letter) daripada Kerajaan Negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619