AGENDA

1,898 haiwan liar ditangkap bendung kacau ganggu

2 Dis 2021, 4:01 AM
1,898 haiwan liar ditangkap bendung kacau ganggu

SHAH ALAM, 2 DIS: Sebanyak 1,898 binatang liar ditangkap dalam operasi tangkapan haiwan terbiar di seluruh negeri antara Januari hingga Oktober lalu.

Jumlah tangakapan merangkumi 1,817 ekor anjing, 75 monyet dan enam khinzir berdasarkan aduan orang ramai, kata EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian.

"Unit Kawalan Vektor dan Haiwan Terbiar, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran menyediakan 23 perangkap monyet bagi mengurangkan isu kacau ganggu.

"Bagi isu anjing terbiar, tangkapan dibuat setiap hari. Jika aduan di kampung, beberapa perangkap diletakkan dengan kerjasama ketua kampung," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Ijok Dr Idris Ahmad mengenai tindakan Kerajaan Selangor bagi membendung masalah haiwan liar di seluruh negeri.

Selain itu, Loy Sian berkata Jabatan Kesihatan turut mewujudkan inovasi perangkap 'multi trapper' di kawasan aduan bagi mengatasi isu babi hutan.

"Hasil tangkapan akan diberi dan dipanjangkan kepada Jabatan Perhilitan bagi membendung kacau ganggu haiwan tersebut," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619