AGENDA

Harga RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel tidak berubah

1 Dis 2021, 10:10 AM
Harga RON97 turun tiga sen, RON95 dan diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter bermula esok hingga 8 Dis ini, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Kementerian itu dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak berubah masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh itu.

Kenyataan itu memberitahu bahawa harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan sebenar harga minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga siling petrol RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel sebanyak RM2.15 seliter walaupun harga pasaran APM untuk RON95 dan diesel meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619