AGENDA

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 29 Mac

22 Mac 2023, 9:23 AM
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 29 Mac

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 23 hingga 29 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619