ADN

Ketua pembangkang sambut baik tambah dana ADN

29 Nov 2021, 8:45 AM
Ketua pembangkang sambut baik tambah dana ADN

SHAH ALAM, 29 NOV: Ketua pembangkang Selangor menyifatkan tambahan peruntukan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) pembangkang adalah tindakan 'gentleman'.

Datuk Rizam Ismail berkata pihaknya menyambut baik peruntukan tambahan daripada RM150,000 kepada RM400,000.

"Kita menerima peruntukan RM400,000 daripada Putrajaya melalui Unit Penyelarasan Persekutuan dan pada masa sama Kerajaan Negeri menyalurkan RM400,000. Maksudnya ada timbal balas dalam perkara ini," katanya.

Beliau ditemui selepas pembentangan Belanjawan #Selangor2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Rizam yang juga ADN Sungai Air Tawar berkata pengumuman pembangunan di Sabak Bernam itu dinanti kerana terbengkalai sejak Barisan Nasional tewas.

"Perancangan sudah ada seperti kawasan Sungai Lang sebagai kawasan pendidikan dan industri tetapi pembangunan tidak dapat diteruskan dan terhenti apabila kalah.

"Saya amat berterima kasih dan perkara ini memang ditunggu-tunggu,” katanya.

Peruntukan ADN pembangkang naik hampir tiga kali ganda tahun depan sehingga RM400,000 berbanding RM150,000 ketika ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619