AGENSI

Bantuan RM1,000 ringan beban pelajar masuk universiti

17 Dis 2021, 12:13 AM
Bantuan RM1,000 ringan beban pelajar masuk universiti

SHAH ALAM, 17 DIS: Langkah Kerajaan Negeri mewujudkan Iltizam Mahasiswa Selangor mampu meringankan beban pelajar baharu membeli kelengkapan untuk memasuki universiti.

Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berkata inisiatif itu tepat dalam situasi mencabar pandemik Covid-19.

Menurut Muhammad Iqbal Hakim Nadhri bantuan itu juga amat membantu ibu bapa terutama yang mempunyai ramai anak yang masih belajar.

"Sekarang ini ramai terkesan ekoran pandemik, apabila ada bantuan RM1,000 ia amat besar maknanya kepada mahasiswa. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa cakna dengan nasib pelajar," katanya kepada SelangorKini.

Pelajar semester satu Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif dari Kuis, Muhammad Naquib Riza Mohd Khairi pula berharap peruntukan itu dikekalkan di samping lebih ramai mahasiswa dibantu.

"Macam jurusan saya memang banyak gunakan duit untuk beli peralatan dan buku. Apabila adanya bantuan seumpama ini ia amat membantu. Semoga pemberian ini juga diagih secara meluas kepada semua mahasiswa," katanya.

Menerusi Belanjawan Selangor 2022, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif bagi sektor pendidikan meliputi bantuan RM1,000 kepada 3,000 mahasiswa baharu daripada keluarga berpendapatan rendah di bawah Iltizam Mahasiswa Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619