BERITA UTAMA

Sasar turunkan 25 peratus lagi air tidak berhasil pada 2025

29 Nov 2021, 8:30 AM
Sasar turunkan 25 peratus lagi air tidak berhasil pada 2025

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri menerusi anak syarikat miliknya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyasarkan penurunan air tidak berhasil (NRW) kepada 25 peratus menjelang 2025.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata sehingga Oktober lalu, purata NRW bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berada pada tahap 28.2 peratus berbanding tahun lalu iaitu 28.5 peratus.

"Menjadi perancangan jangka panjang dan sederhana bagi Air Selangor untuk mengurangkan NRW kepada tahap paling rendah. Kita sasar satu peratus setiap tahun bagi kadar yang terbaik dan mencapai 25 peratus pada 2025.

"Perlu diingat penurunan NRW bukan kaedah mudah dan memerlukan banyak aspek perancangan seperti penggantian pelbagai komponen dan pengurusan logistik serta infrastruktur lain. Kita tidak boleh banding dengan negeri lain kerana Selangor mempunyai paip paling panjang berbanding negeri lain seperti Melaka," katanya.

Izham menjawab soalan tambahan wakil rakyat Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong yang bertanya mengapa Selangor tidak mampu mencapai NRW seperti di Melaka yang mencapai 20 peratus pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Tambah Izham, bagi proses penggantian paip, sejumlah RM174 juta diperuntuk merangkumi kos reka bentuk, penyeliaan tapak dan pelaksanaan kerja pada tahun depan.

"Sejumlah RM248.7 juta diperuntukkan melalui pinjaman oleh Kerajaan Negeri kepada Air Selangor pada 2017 dan ia digunakan bagi program penggantian paip bagi 2017 hingga 2019," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619