BERITA UTAMA

Giat promosi Sukarelawan Selangor, sasar 3,000 ahli tahun depan

25 Nov 2021, 1:00 PM
Giat promosi Sukarelawan Selangor, sasar 3,000 ahli tahun depan
Giat promosi Sukarelawan Selangor, sasar 3,000 ahli tahun depan

AMPANG, 25 NOV: Kerajaan Negeri akan mempergiat promosi bagi menarik lebih ramai belia menyertai Sukarelawan Selangor (SERVE), kata EXCO Pembangunan Generasi Muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata identiti kumpulan kesinambungan Penggerak Belia Selangor (PeBS) harus ditonjolkan supaya sasaran 3,000 keahlian mampu dicapai tahun depan.

Menurutnya, lebih 700 pendaftaran direkodkan dari seluruh 52 Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat ini dengan sasaran 1,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

[caption id="attachment_497078" align="alignleft" width="411"] EXCO Generasi Muda, Mohd Khairuddin Othman (tengah) menyampaikan sumbangan toto kepada mangsa terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan MPAJ Pinggiran 3, Ampang pada 25 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Saya yakin ramai belia berminat, justeru, saya berharap PeBS yang dipimpin Muhammad Akmal Abdul Halim serta EXCO Jaringan Kemasyarakatan dan Kesukarelawan SERVE Danish Hairudin dapat turun ke setiap kawasan untuk promosi SERVE," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan MPAJ Pinggiran 3 di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata sukarelawan sedia ada akan menjalani latihan berkaitan pengurusan bencana bermula tahun depan.

"Tahun ini kita selesaikan proses pengambilan dahulu sebelum mereka dihantar menjalani sesi latihan bagi melengkapkan ilmu dan kemahiran mengurus bencana.

SERVE terbuka kepada individu berusia 36 tahun ke atas berbanding PeBS yang mengehadkan kelayakan umur individu berusia 18 hingga 35 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619