AGENDA

SAS 2021: Syarikat aeroangkasa global perkenal jet penerbangan komersial

25 Nov 2021, 11:56 AM
SAS 2021: Syarikat aeroangkasa global perkenal jet penerbangan komersial
SAS 2021: Syarikat aeroangkasa global perkenal jet penerbangan komersial

SUBANG, 25 NOV: Syarikat aeroangkasa global, Embraer mengambil peluang penyertaan dalam Pameran Udara Selangor (SAS) 2021 bagi memperkenal jet penerbangan komersial keluarannya, E195-E2 kepada pemain industri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Komersial Embraer Arjan Meijer berkata E195-E2 menggunakan teknologi baharu dengan penjimatan bahan bakar selain pelepasan bunyi paling rendah.

"Dengan reka bentuk menarik dan mempunyai kemudahan satu laluan, E195-E2 menawarkan peningkatan kecekapan secara menyeluruh menerusi 17.3 peratus pengurangan pembakaran bahan bakar.

[caption id="attachment_497075" align="alignleft" width="459"] Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Komersial Embraer Arjan Meijer. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita lihat potensi dalam pameran ini bagi jalinan hubungan domestik dan serantau di Malaysia selain tawaran keselesaan kepada penumpang dan pelancong menerusi jet komersial ini," katanya hari ini.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan sehingga 60 permintaan bagi segmen jet komersial yang berkapasiti kurang daripada 150 tempat duduk di Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

SAS 2021 membuka tirai hari ini di Pusat Penerbangan Serantau SkyPark dengan penyertaan 43 syarikat tempatan dan antarabangsa.

Acara selama tiga hari menampilkan pemain industri terkemuka seperti Aerodyne Geospatial Sdn Bhd, Turkish Aerospace Industry dan Global Turbine Asia Sdn Bhd.

Bertemakan ‘Selangor, the ASEAN Business & General Aviation Hub’, pameran dibuka selama dua hari untuk pemain industri manakala hari terakhir bagi kunjungan awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619