BERITA UTAMA

Keharmonian bantu Selangor depani era digital, tarik pelabur asing

25 Nov 2021, 4:47 AM
Keharmonian bantu Selangor depani era digital, tarik pelabur asing

SHAH ALAM, 25 NOV: Penyebaran maklumat berhubung dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri perlu disampaikan dalam bahasa yang mudah supaya difahami seluruh lapisan masyarakat, kata EXCO perpaduan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata elemen itu penting memandangkan masyarakat Selangor terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Mengekalkan keharmonian dan kerukunan hidup bersama dalam masyarakat berbilang agama merupakan cabaran besar yang dihadapi Malaysia khususnya di Selangor.

"Sebagai negeri yang memimpin kemajuan ekonomi dan politik, Kerajaan Selangor bertanggungjawab mengekalkan kesepaduan dan cara ini mampu menghadapi persaingan era digital serta menarik pelaburan asing," katanya berucap pada Konvensyen Dialog Antara Agama Negeri Selangor 2021.

Program secara maya itu dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.

Dr Siti Mariah berkata bagi mencapai matlamat berkenaan, Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai usaha menyeluruh dan proaktif termasuk jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi akademik, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara program dijayakan adalah bengkel yang dianjur bersama Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), sidang perpaduan bersama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor, webinar bersama Institut Darul Ehsan serta siri dialog rumah ibadat dengan komuniti.

"Saya percaya usaha ke arah memperkukuh keharmonian dan mempromosi kesepaduan perlu dilaksanakan secara kolektif dan inklusif agar boleh difahami dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619