AGENDA

Usahawan digesa sertai Seldec, bantu pasarkan produk secara digital

19 Nov 2021, 2:51 PM
Usahawan digesa sertai Seldec, bantu pasarkan produk secara digital

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Usahawan pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 disaran tidak melepaskan peluang menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec).

Eksekutif pembangunan perniagaan Seldec berkata platform tersebut merupakan medium pemasaran dalam mempromosikan produk usahawan secara digital.

"Antara tawaran program tersebut kepada usahawan ialah komisen hanya lapan peratus sahaja berbanding di luar agak tinggi dan perkhidmatan logistik percuma kepada vendor.

"Kita dapati masih terdapat usahawan di SIBS 2021 belum menyertainya dan berharap mereka mengambil peluang untuk hadir ke gerai pameran Seldec," kata Muhamad Alif Yahya kepada SelangorKini.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini lebih 10,000 produk melibatkan 5,000 vendor sudah menyertai Seldec sejak dilancarkan pada Oktober 2019.

"Permohonan untuk menyertai program ini mudah iaitu memerlukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan penyata bank sahaja.

"Usahawan yang ingin memohon atau mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Seldec di https://marketplace.seldec.my ," katanya.

Pada Oktober 2019, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan pelancaran Seldec bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619