BERITA UTAMA

Putrajaya perlu SOP jelas, konsisten menuju fasa endemik

17 Nov 2021, 3:00 PM
Putrajaya perlu SOP jelas, konsisten menuju fasa endemik

SHAH ALAM, 17 NOV: Kerajaan persekutuan perlu menetapkan tatacara operasi piawai (SOP) yang jelas dan konsisten sebagai persediaan negara ke arah endemik.

Langkah itu juga bagi mendidik rakyat untuk hidup bersama Covid-19 dan kembali kepada kehidupan sebelumnya mengikut norma baharu, kata EXCO kerajaan tempatan.

"Kita harus memastikan rakyat bersedia dan benar-benar faham apa itu endemik dan bagaimana untuk mengatasinya jika mereka ada sebarang simptom.

"SOP sekarang agak ketat dan ia sebenarnya masih dalam fasa pandemik bukan endemik," kata Ng Sze Han dalam Bual Bicara #Selangor2022 Langkah Hadapi Endemik di Facebook Media Selangor malam ini.

Mengulas Belanjawan Selangor 2022, beliau berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat di samping membantu mereka bangkit semula pascawabak.

Belanjawan #Selangor2022 yang dijadual dibentang di Dewan Negeri Selangor pada 26 November

menumpukan usaha merancakkan semula ekonomi selepas pandemik Covid-19 reda.

Pembentangan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari boleh diikuti secara langsung melalui saluran SelangorTV dan Facebook Media Selangor serta portal.

Maklumat pantas dan infografik isi menarik pula dimuatkan di media sosial dengan tanda #Selangor2022.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619