AGENDA

Calon HARAPAN perlu kreatif, guna media sosial dekati pengundi

15 Nov 2021, 5:15 AM
Calon HARAPAN perlu kreatif, guna media sosial dekati pengundi

MELAKA, 15 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) disaran terus kreatif mendekati pengundi bagi meraih sokongan dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi HARAPAN Selangor turut mencadangkan mereka menggunakan kelebihan bersemuka di tempat awam sebelum kempen tamat pada 19 November.

"Saya juga galakkan calon menggunakan media sosial sebagai alat hubungan komunikasi antara rakan-rakan tetapi tidak semestinya di Melaka sahaja," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau turut berharap orang ramai menterjemah sokongan dalam bentuk undi sekali gus mengembalikan mandat kepada HARAPAN yang pernah mentadbir negeri itu selama 22 bulan.

"Kita harap keterujaan ini benar-benar diterjemah dengan undi. Kita risau mereka yang berada di luar Melaka dan calon perlu lakukan sesuatu berbaki beberapa hari lagi," katanya.

Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar meluangkan masa dua hari ke Melaka bagi membantu kempen calon HARAPAN dengan meninjau 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai Jumaat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November sebagai hari pengundian manakala undi awal esok susulan pembubaran DUN Melaka penggal ke-14.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619