AGENDA

KEADILAN Selangor nasihat calon terus tawan pengundi

14 Nov 2021, 2:32 PM
KEADILAN Selangor nasihat calon terus tawan pengundi

PAYA RUMPUT, 14 NOV: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor mengingatkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar terus berkempen biarpun berdepan pelbagai kekangan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata calon juga harus bersabar dan menggunakan segala kemampuan yang ada untuk bertemu pengundi sehingga tamat tempoh berkempen.

"Calon harus bawa dan sampaikan hasrat serta matlamat kepada rakyat. Insha Allah saya yakin kemenangan pada 2018 boleh diulang oleh HARAPAN di Melaka,"katanya.

Terdahulu beliau hadir minum petang bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam lawatan turun padang membantu persiapan calon PRN.

Dalam lawatan itu, Amirudin turut berbincang berhubung keperluan tambahan PRN Melaka berkaitan pengundi dan hal-hal ehwal masyarakat.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menyifatkan kempen yang terhad sepanjang PRN memberi kesan kepada ramai kepada semua calon dalam menyampaikan aspirasi mereka.

"Ini bukan isu lebih kempen, tetapi kekurangan kempen dan merupakan peristiwa agak malang dalam sistem demokrasi yang terganggu disebabkan Covid-19,"katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

Ia susulan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap ketua menteri.

Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN memiliki seramai 495,195 pengundi berdaftar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619